Sunday, June 27, 2010

Kepimpinan satu amanah

Kepimpinan yang unggul dan berintegriti merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Kepakaran dan kemahiran dalam kepimpinan serta perwatakan peribadi boleh mempengaruhi corak kepimpinan dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Keluhuran dan keperibadian itu juga dapat mencerminkan sikap dan perwatakan masyarakat atau rakyat yang dipimpinnya.

Islam amat menitikberatkan aspek kepimpinan yang memiliki kualiti nilai insan yang hebat dan boleh menjadi contoh kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana kita mempunyai seorang tokoh yang boleh dijadikan panduan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yang dikagumi bukan sahaja oleh Umat Islam malah disanjungi oleh ramai cendekiawan Barat kerana mempunyai kebolehan dalam memimpin sebuah negara dan bertanggungjawab penuh ke atas perlaksanaannya. Beliau memikul tanggungjawab dengan penuh amanah selari dengan kehendak Allah SWT sehingga masyarakat Arab menggelarnya al-Amin. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”(Riwayat al-Bukhari)

Kepimpinan amatlah penting bagi membentuk kehidupan yang sempurna. Maka lantaran itulah Allah SWT mengutus para rasul-Nya untuk mempimpin umat-umat terdahulu untuk menjadi manusia yang memiliki sifat-sifat yang menepati dengan kehendak Allah SWT. Allah SWT mengutuskan para rasul-Nya untuk menjadi pemimpin kerana ciri-ciri kepimpinan yang ada pada mereka boleh digunakan oleh pemimpin-pemimpin lain di sepanjang zaman.

Mempimpin sesebuah negara adalah suatu amanah yang diberikan oleh Allah SWT dan mereka yang diberi tanggungjawab ini perlu tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72 :

" Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan ( pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Memimpin golongan masyarakat pula adalah tanggungjawab bagi memenuhi keperluan mereka samada dari segi jasmani iaitu hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, kebajikan, kesihatan, ekonomi dan pengurusan dan dari segi rohani iaitu hal yang berkaitan dengan akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan.

Sehubungan dengan itu, Islam amat menekankan kepimpinan yang cemerlang, berkualiti dan terbukti unggulnya. Kepimpinan itu semestinya didokong oleh keimanan kepada Allah SWT, cinta dan menghayati sunnah Rasulullah SAW serta berakhlak mulia di mana ianya mampu mengadakan hubungan yang harmoni dengan semua peringkat masyarakat. Ciri-ciri kepimpinan ini akan memberi kesan kepada masyarakat, mereka akan menghormati dan menyanjungi corak kepimpinan yang diberikan.

Di samping itu, kebijaksanaan dalam kepimpinan juga merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah organisasi. Antara kebijaksanaan yang dimaksudkan itu ialah kemampuan diri mengawal emosi pada semua situasi dengan tenang dan terkawal.

Kita melihat kepimpinan Khalifah Umar al- Khattab RA yang boleh dijadikan contoh kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyatnya di atas perhatian dan tanggungjawabnya yang luar biasa terhadap rakyat. Ada suatu peristiwa di mana serombongan kafilah yang dalam perjalanan pulang ingin bermalam di pinggir kota Madinah dengan membawa barang dagangan yang banyak. Atas keperihatinan Khalifah Umar al- Khattab RA, beliau mengajak hartawan Abdul Rahman bin Auf untuk mengawal dan menjaga keselamatan barang dagangan rombongan kafilah tersebut daripada gangguan pencuri.

Saturday, June 26, 2010

13 wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali

Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Ali Abi Talib berkata:"Pada hari perkahwinanku dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku."

1. Hai Ali, takutilah engkau daripada memasukki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia dapat laknat (mal''un).

2. Hai Ali, janganlah engkau ''memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah.'' Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman, "Hai Malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampuni dia."

4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan keatasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya dipintu syurga.

6. Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, samada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Hai Ali. Takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan dicelah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau dapada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau benci juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukum. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

*Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan, insya''Allah.

Walaupun wasiat ini ditujukan khusus untuk oleh Rasulullah SAW untuk menantu baginda, Saiyidina Ali Bin Abi Talib KAW, namun kita juga sebagai muslimin dan muslimat, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan amalan. Segala larangan dan suruhan Rasulullah SAW melalui wasiat ini adalah untuk seluruh muslimin dan muslimat. Tidak dinafikan bahawa kesemua tiga belas perkara dalam wasiat ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri utama seorang mukminin dan mukminat.

Jika kita lihat kepada pemakaian cincin seolah-olah nampak perkara remeh begitu juga menutup aurat sewaktu mandi. Sebenarnya suruhan dan larangan itu mengandungi hikmah yang tersendiri yang antaranya sukar diselami dan difahami. Pemakaian cincin di jari telunjuk dan jari tengah ibarat satu kiasan Rasulullah kepada amalan liwat yang dilakukan oleh kaum Mal''un di zaman Nabi Lut as.

Begitu juga sewaktu di bilik mandi, banyak orang mengatakan kita tidak perlu berkain basahan lagi kerana tidak ada sesiapa yang melihat. Tanggapan ini adalah salah kerana masih ada yang melihat kita. Wasiat Rasulullah SAW itu untuk mengingatkan kita walaupun kita bersendirian dan terlepas daripada pemerhatian manusia, sebenarnya kita tidak terlepas daripada perhatian Allah, malah kita sebenarnya ada bersama dengan malaikat, syaitan dan iblis.

Jikalau kita rujuk kepada wasiat larangan berdusta dan bersumpah dengan nama Allah di mana kita lihat dewasa ini sewenang-wenangnya digunakan seolah-olah ianya sesuatu yang tidak ada makna, sedangkan suruhan dan larangan Allah tidak dipedulikan langsung.

Lazimkan bagi lidah kita beristighfar semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang beruntung. Semoga wasiat ini menjadi panduan kita bersama.

Friday, June 25, 2010

Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah..

"Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga,hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;


1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan

Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."


* Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.

* Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

* Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.

* Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.

* Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. ** begitu juga isteri yang baik... seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan...kerna ada ketika suami2 ini terlalai ..


4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga.

* Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

* Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri... dan tidak patut sama sekali dibuat oleh suami..

* but then...sekiranya isteri2 ini senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk mendapatkankeredhaan allah.. maka buatlah seikhlasnya..dan jangan sekali2 mengungkit setiap apa yang telah dilakukan olehnya ....


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

* Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.

* Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

* begitu juga isteri.. jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami... kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasa menghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak wasangka utk menjayakan niat jahatnya..


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

§ Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

§ Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.


7. Mudah memaafkan.

* Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.


8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.

* Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

* Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia.....

Wallahua'lam.